[VIDEO] Wanita dipercayai mengantuk maut, kereta bertembung trak tentera

Iklan

ALOR GAJAH - Seorang wanita maut apabila kereta Proton Saga yang dipandu bertembung dengan sebuah trak tentera di hadapan Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah di sini, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.24 pagi itu, Manisya Azlin Ishak, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala manakala pemandu lori tentera, lelaki berusia 33 tahun mengalami patah tangan.

Iklan
Iklan
Kereta Proton Saga dipandu mangsa bertembung dengan trak tentera di hadapan Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah, awal pagi Jumaat. Gambar kecil: Manisya Azlin

Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Deputi Superintenden Azrul Mohamed berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta dipandu wanita berkenaan dari arah Ayer Keroh dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Masjid Tanah.

Bagaimanapun menurutnya, mangsa yang bekerja di bahagian pusat panggilan Telekom di Ayer Keroh dipercayai mengantuk lalu memasuki laluan bertentangan.

Iklan
Kemalangan maut yang berlaku di hadapan Kem 96 Depot Pangkalan Peluru, Masjid Tanah, awal pagi Jumaat.

"Akibatnya, kereta dipandu mangsa bertembung dengan kenderaan berat itu dari arah hadapan yang cuba brek berdasarkan kesan tayar sepanjang 12 meter di laluannya.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa yang seorang diri ketika kejadian tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika pemberita di sini, pada Jumaat.

Iklan

Jelasnya, mayat mangsa dihantar ke Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat selepas berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Alor Gajah.

Ujarnya, pemandu lori tentera yang cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala empat lagi anggota tentera lain yang berada dalam trak tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Semua kenderaan yang terlibat dalam nahas itu ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi pemeriksaan teknikal.

"Polis juga sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya lagi.