Ahli Parlimen India ditahan selepas didakwa lakukan serangan seksual

Iklan
Seorang Ahli Parlimen pembangkang India ditahan susulan dakwaan merogol seorang wanita. Gambar hiasan

NEW DELHI - Seorang Ahli Parlimen (MP) pembangkang India ditahan pada Khamis susulan dakwaan merogol seorang wanita.

Wanita berkenaan, yang sudah berkahwin, mendakwa MP terbabit yang mewakili sebuah kawasan di negeri utara Uttar Pradesh, mengeksploitasi mangsa secara seksual selama empat tahun dengan janji untuk mengahwini serta membantu memajukan kerjaya politiknya.

Iklan
Iklan

Polis telah membuka kertas siasatan terhadap ahli parlimen berusia 60 tahun itu pada 17 Januari lepas.

Beliau ditahan ketika mengadakan sidang media di kediamannya bagi menjawab tuduhan terhadapnya. - Bernama

Iklan
Iklan