Penunggang motosikal maut dirempuh pemandu positif dadah

Iklan
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan kereta dipercayai dipandu lelaki positif dadah di kilometer 59 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Keroh di Kuala Krai pada Khamis.

KUALA KRAI - Seorang pemuda maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan kereta dipercayai dipandu lelaki positif dadah di kilometer 59 Jalan Kota Bharu-Gua Musang berhampiran Kampung Keroh di sini pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 10.10 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 25 tahun maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian, kereta jenis Proton Saga sedang dalam perjalanan dari arah Machang menghala ke Kuala Krai.

"Setiba di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan
Penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan kereta berkenaan bertembung dengan motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa yang berada di laluan bertentangan.

Ujarnya, penunggang motosikal itu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Iklan

Mazlan memberitahu, saringan awal saringan air kencing mendapati pemandu kereta itu positif dadah jenis methamphetamine.

"Siasatan lanjut turut mendapati, nahas dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta itu yang memotong kenderaan di depannya sehingga menyebabkan kemalangan dan kematian penunggang motosikal,” ujarnya.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.