Polis ambil keterangan wanita ditampar suami

Iklan
Tangkap layar rakaman video kejadian tular seorang lelaki menampar isterinya semasa berada di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan, Sepang, baru-baru ini. (Gambar kecil: Norhizam)

SEPANG - Polis telah merekod keterangan seorang wanita yang tular ditampar suaminya dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, keterangan wanita itu direkodkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, pada jam 8 malam, Isnin lalu.

Iklan
Iklan

Katanya, siasatan masih dijalankan dan polis masih giat mengesan suami mangsa.

"Difahamkan, selepas kejadian itu, lelaki terbabit telah membawa isteri dan anaknya tidur di Nilai sebelum menghantarnya pulang.

Iklan

"Suami mangsa bagaimanapun keluar semula dari rumah dan masih belum pulang setakat ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan polis menerima laporan yang dibuat adik mangsa.

Iklan

Pengadu mengesahkan bahawa mangsa yang dipukul adalah kakak kandungnya berusia 35 tahun, manakala lelaki yang memukul mangsa adalah suaminya berusia lingkungan 50-an.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

Terdahulu satu rakaman video berdurasi 29 saat tular memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah sambil memegang bungkusan plastik sebelum seorang lelaki menghampirinya lalu menamparnya di khalayak ramai.