Wanita warga emas rugi RM1,500, cedera disamun guna 'taser'

Iklan
Tangkap layar yang memaparkan seorang wanita disamun dengan alat perenjat elektrik ketika ingin memasuki rumahnya. Gambar kecil: Balveer Singh

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas mengalami cedera ringan di bahagian kepala selain kerugian RM1,000 apabila di samun menggunakan alat perenjat elektrik (taser) di hadapan rumahnya di Taman Skudai Baru di sini pada Selasa.

Ketua Polis Dserah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya menerima laporan daripada warga emas berkenaan kira-kira pada jam 8.06 malam.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah di Taman Skudai Baru dan ketika kejadian mangsa yang berada di luar rumah telah didatangi oleh tiga suspek yang menunggang dua motosikal.

"Salah seorang suspek bertindak menarik beg tangan mangsa sambil mengacukan senjata disyaki taser dan memaksa mangsa menyerahkan beg tangan tersebut sebelum berlakunya pergelutan sehingga mangsa terjatuh dan suspek melarikan diri," katanya.

Iklan

Balveer Singh berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan secara berkumpulan dan menggunakan senjata dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta segera menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.

Iklan

Terdahulu, tular satu video di TikTok berdurasi satu minit tujuh saat yang memaparkan seorang wanita disamun dengan alat perenjat elektrik ketika ingin memasuki rumahnya.