Gempa bumi lemah di Ranau, bomba tidak terima aduan

Iklan
Gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 pada skala Richter dikesan berlaku di sekitar Ranau pada jam 3.16 petang Rabu. Gambar hiasan

RANAU - Gempa bumi lemah bermagnitud 2.9 pada skala Richter dikesan berlaku di sekitar Ranau pada jam 3.16 petang Rabu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa itu di kedudukan 6.0 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur dengan kedalaman empat kilometer (km) iaitu di sekitar 11 km Barat dari Ranau.

Iklan
Iklan

"Gegaran dirasai di sekitar Ranau dan MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini," kata kenyataan itu pada Rabu.

Susulan kejadian itu, MetMalaysia meminta orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu dapat mengisi borang soal selidik yang disediakan di pautan yang diberikan dalam laman sosial rasmi MetMalaysia.

Iklan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau Ridwan Mohd Talib berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang aduan kerosakan atau panggilan.

"Tiada gegaran dirasai, namun pemantauan tetap dibuat di sekitar daerah ini," katanya.

Iklan

Untuk rekod, pada Disember lalu Ranau mencatatkan dua kejadian gempa bumi yang dilaporkan berlaku dua hari berturut-turut.