Lori terbalik, orang ramai 'sapu' durian, duit dan geran milik pemandu

Iklan
Pemandu lori berkenaan mengalami kerugian berganda selepas kehilangan geran kenderaan, wang tunai sebanyak 1.5 juta rupiah atau RM406 selain buah durian yang turut diambil penduduk, dalam kemalangan baru-baru ini. Sumber Tiktok @feedgramindo4

JAKARTA - Seorang pemandu lori mengalami kerugian berganda apabila bukan sahaja muatan duriannya diambil penduduk bahkan dia turut kehilangan wang tunai sebanyak 1.5 juta rupiah atau RM406 selain geran kenderaannya juga lesap dalam kejadian kemalangan baru-baru ini.

Memetik laporan media Indonesia, rakaman yang dimuat naik di platform TikTok memaparkan orang ramai kelihatan berpusu-pusu mengambil durian yang terjatuh daripada sebuah lori yang terbalik di Jalan Lintas Sumatera Kampung Banjarmasin, Way Kanan.

Iklan
Iklan

Berdasarkan rakaman video tersebut, pemandu lori itu kelihatan sedih apabila melihat penduduk membawa guni dari rumah untuk mengambil durian-durian yang berselerak di atas jalan mahupun di dalam lori.

"Semua durian lesap. Geran kenderaan dan wang saya juga diambil orang,” katanya.

Iklan

Perbuatan itu bagaimanapun mengundang kecaman netizen yang mendakwa penduduk setempat hanya mementingkan diri dan tidak menghiraukan nasib pemandu lori tersebut.

"Nama pun Lampung, perangai juga ‘kampung’,” kata seorang pengguna media sosial.

Iklan

Selain itu, seorang lagi warganet turut memberi komen di hantaran video berkenaan dengan menuduh penduduk di kawasan itu sebagai manusia yang tamak dan tidak berperikemanusiaan. - Agensi