PEKB bantu peserta keluar dari kemiskinan
Iklan
Juliza (tengah) ketika program PEKB selama tujuh di sebuah hotel di Alor Setar.
ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Seramai 35 peserta dalam kalangan B40 di Kedah terpilih mengikut program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB) anjuran Pertubuhan Gerak Prihatin Ehsan dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Pengarah program, Juliza Rosli berkata, pihaknya diberi tanggungjawab melatih peserta PEKB dan memastikan setiap peserta menerima latihan keusahawanan diperlukan sekali gus membantu mereka keluar dari kemiskinan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, kursus selama tujuh hari ini memberi tumpuan kepada penghasilan produk jus kordial, produk berasaskan soya dan air balang yang diharap dapat membuka peluang perniagaan kepada peserta.
"Melalui program ini, kami berharap kesemua peserta mampu menjana pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM750 iaitu di atas Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Per Kapita yang terkini.
Iklan
"Susulan itu, kami akan terus memantau aktiviti perniagaan peserta PEKB selama enam bulan bagi memastikan perkara terbabit direalisasikan dan peserta dapat menjalankan perniagaan dengan lancar," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Menurutnya, peserta bukan hanya berpeluang menghadiri kursus percuma selama seminggu, malah turut menerima peralatan percuma untuk kegunaan mereka berniaga.
Iklan
"Peserta terlibat akan menerima peralatan perniagaan seperti mesin soya dan khemah untuk memulakan perniagaan dan menghasilkan produk minuman," katanya.
Beliau berkata, program ini juga menjadi platform kepada komuniti bandar untuk mempelajari kemahiran baharu yang boleh menjana pendapatan, terutamanya dalam bidang pembuatan produk makanan dan minuman.
"Dengan usaha ini, ia diharapkan dapat meningkatkan taraf ekonomi komuniti bandar serta melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya," katanya.
Juliza berpandangan, program seperti ini bukan sahaja memberi manfaat ekonomi tetapi turut memperkukuh semangat kebersamaan dalam komuniti.
"Dengan adanya program seperti ini, ia mampu menolong golongan berada dalam sistem e-Kasih mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar daripada kemiskinan," katanya.
Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.