IPOH - Seorang lelaki dan wanita cedera apabila kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi lima meter berhampiran Batu 7, Jalan Pahang, Tapah pada Rabu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 11.11 pagi daripada orang awam.