Tanah runtuh Miri: Mayat kedua ditemukan tertimbus

Iklan
Sebuah jengkaut digunakan dalam operasi terbabit sejak 8:30 pagi untuk membantu kerja-kerja pengorekan dan pengalihan tanah di kawasan kejadian dengan tiga lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus.

KUCHING - Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa yang dijumpai tertimbus dalam runtuhan itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.

Iklan
Iklan

Terdahulu, operasi mencari JBPM Sarawak menemukan mayat remaja lelaki berusia 17 tahun kira-kira pukul 6.17 pagi dalam kejadian yang dilaporkan pada 2.58 pagi itu.

Dalam pada itu, sebuah jengkaut digunakan dalam operasi terbabit sejak 8:30 pagi untuk membantu kerja-kerja pengorekan dan pengalihan tanah di kawasan kejadian dengan tiga lagi mangsa dikhuatiri masih tertimbus.

Iklan

Kejadian berkenaan melibatkan dua rumah di kampung berkenaan yang terletak di lereng Bukit Kanada di bandar raya Miri. - Bernama

Iklan