Pingat Indonesia Masters 'cap ayam'
Iklan
Jonatan berkongsi keadaan pingat Indonesia Masters kurang 24 jam dalam simpanannya. FOTO: Agensi
PERSATUAN Bulutangkis Seluruh Indonesia (PBSI) selaku penganjur Indonesia Masters 2025 menegaskan mereka telah melaksanakan kawalan kualiti ketat terhadap pingat yang diberikan kepada pemenang kejohanan itu.
Ketua Pegawai Media PBSI, Yuni Kartika berkata, tidak timbul isu kualiti kerana pemantauan telah dilakukan semasa persiapan Indonesia Master.
Iklan
Iklan
Namun katanya, PBSI bersedia bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan seperti yang didakwa naib juara perseorangan lelaki, Jonatan Christie.
"Pihak penganjur telah melakukan kawalan kualiti semasa persiapan dan pada waktu itu, semua pingat berada dalam keadaan baik.
Iklan
"Penganjur akan segera memeriksa keadaan pingat Jonatan Christie dan bersedia menggantikannya sekiranya terdapat kerosakan," tambahnya.
Jonatan yang tewas kepada pemenang pingat Olimpik Paris 2024 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn memuat naik gambar pingat tersebut menerusi Instagram Story namun telah memadamnya tidak lama kemudian.
Iklan
Dalam gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan beberapa huruf pada pingat tersebut mula tertanggal.
Situasi tersebut mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat yang menuduh penganjur memberikan pingat tidak berkualiti kepada pemenang.
Malah, ada juga yang berang kerana situasi berkenaan mencalarkan imej Indonesia.
Tahun lalu, beberapa pemenang pingat di Olimpik Paris turut kecewa kerana menerima pingat yang tidak berkualiti dan cepat rosak.
Keadaan itu memaksa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) tampil bagi menjawab segala maki hamun netizen bagi menyelamatkan air muka mereka.
IOC memaklumkan kepada AFP bahawa 'pingat cacat' dari Sukan Olimpik 2024 di Paris akan diganti dengan model yang sama.
"Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 bekerjasama rapat dengan Monnaie de Paris yang bertanggungjawab atas pembuatan dan kawalan kualiti pingat, untuk menilai sebarang aduan mengenai pingat dan memahami punca kerosakan.
"Pingat yang cacat akan diganti oleh Monnaie de Paris dan diukir semula dengan reka bentuk yang sama," kata IOC.
Menurut media dalam talian Perancis, La Lettre, lebih daripada 100 pingat cacat sudah dipulangkan oleh atlet yang tidak berpuas hati kerana pingat mereka mengalami kerosakan.
Beberapa atlet Olimpik Paris berkongsi foto pingat mereka di media sosial.
Antara mereka ialah atlet papan selaju Amerika Syarikat, Nyjah Huston yang memenangi pingat gangsa dalam pertandingan papan selaju jalanan pada 29 Julai.
Sepuluh hari kemudian, dia memuat naik gambar pingatnya, sambil mengeluh mengenai kualiti pingat itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>