Gempa bumi sederhana landa Semenanjung Minahassa, gegaran dirasai di Sabah

Iklan
Gempa bumi sederhana 5.9 magnitud telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 10.53 malam Selasa.

SHAH ALAM - Gempa bumi sederhana 5.9 magnitud berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam 10.53 malam Selasa.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa bumi itu terletak 0.5° Utara dan 121.2° Timur dengan kedalaman 210 kilometer Timur Laut dari Palu, Indonesia.

Iklan
Iklan

"Gegaran dirasai sekitar Semporna, Tawau dan Lahad Datu, Sabah.

"Mohon tuan dan puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/UUwf3JsW9kthTVr38,” katanya pada Selasa.

Iklan

Jelasnya, MetMalaysia akan terus memantau keadaan tersebut.

Iklan