KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada masyarakat Tionghua di Pahang dan seluruh negara secara amnya.
Baginda berdua turut menzahirkan harapan agar sikap saling hormat-menghormati serta nikmat perpaduan dan keharmonian berbilang kaum di negara ini dapat terus dikekalkan.