Suami isteri didenda jalankan agensi persendirian tanpa lesen

Iklan
Sepasang suami isteri didenda masing-masing RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa kerana menjalankan perniagaan agensi persendirian tanpa lesen, tiga bulan lalu.

PETALING JAYA – Sepasang suami isteri didenda masing-masing RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa kerana menjalankan perniagaan agensi persendirian tanpa lesen, tiga bulan lalu.

Pemegang saham syarikat, V Anbarasan, 47, dan isterinya yang juga pemilik syarikat, K Shoba Devi, 45, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Iklan
Iklan

Mahkamah memerintahkan pasangan itu dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda terbabit.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menjalankan perniagaan agensi persendirian tanpa lesen, di Pos Pengawal Badan Pengurusan Bersama (JMB) di Persiaran Kinrara Seksyen 3 di sini pada jam 9.30 pagi, 21 Oktober tahun lalu.

Iklan

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Agensi Persendirian 1971 dan boleh dihukum bawah Sekyen 14 akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, hasil semakan Sistem Pengurusan Industri Keselamatan (eSIMS) Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati, syarikat itu tidak berdaftar dengan agensi berkenaan.

Iklan

Siasatan mendapati syarikat itu tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan KDN bagi menjalankan perniagaan agensi persendirian.

Semasa prosiding, pegawai pendakwa daripada Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Siti Salmi Ashaari mencadangkan kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

"Syarikat ini tidak mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan mengawal keselamatan kerana kesannya boleh mengganggu gugat keselamatan negara.

"Mereka mengambil pengawal keselamatan tanpa tapisan dan sekiranya berdaftar dengan KDN, kita akan memeriksa serta melalui tapisan sama ada pengawal keselamatan mempunyai sejarah jenayah atau sebaliknya,” kata Siti Salmi.

Bagaimanapun, peguam, Datuk Suraj Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh merayu dikenakan hukuman denda pada kadar minimum kerana mereka perlu menyara dua anak berusia 16 dan 15 tahun.

"Mereka insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama,” jelasnya.