Tak semua nama Yeoh berkait dengan YTL - Hannah

Iklan
Tangkap layar hantaran Hannah yang menyelar dakwaan Razman mengaitkan dirinya dengan keluarga pengasas Kumpulan YTL di aplikasi X pada Isnin.

SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyelar dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang mengaitkan dirinya dengan keluarga pengasas Kumpulan YTL, mendiang Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay.

Ahli Parlimen Segambut itu turut menegaskan bahawa pemimpin parti berkenaan perlu memahami bukan semua individu bernama Yeoh mempunyai hubungan dengan syarikat tersebut.

Iklan
Iklan

"Pas perlu tahu bahawa tidak semua (nama) Yeoh berkait (dengan YTL),” katanya menerusi satu hantaran di aplikasi X pada Isnin.

Baru-baru ini menerusi satu video pendek berdurasi 19 saat, Razman menyebut Hannah sebagai anak orang kaya dan waris kepada keluarga YTL yang memperoleh keuntungan membeli simen dari Perak-Hanjoong Sdn Bhd.

Iklan

YTL diasaskan mendiang Tiong Lay pada 1955 dan sejak itu, beliau memperluas kehadiran Kumpulan YTL di sektor lain yang kini menjadi satu daripada konglomerat terbesar tersenarai di Bursa Malaysia.

Selain memiliki kepentingan perniagaan daripada pembinaan, Kumpulan YTL turut terbabit dalam bidang penjanaan kuasa, perhotelan, telekomunikasi dan pembangunan hartanah.

Iklan

Terdahulu, Razman memohon maaf kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berhubung fitnah mengaitkan Pengerusi DAP Perak itu dengan insiden mengibar bendera negara China.

Permohonan maaf juga dibuat Razman ke atas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad susulan ucapannya dalam satu himpunan di Dataran Menara Condong sehingga mengundang rasa terkilan beliau.