SERING kali kita mendengar pelbagai kisah kecurangan yang berlaku dalam masyarakat terutamanya di tempat kerja sehingga terjadinya pergolakan yang membawa kepada perceraian pasangan suami isteri.
Kesannya, anak-anak dan pasangan menjadi mangsa sehingga terpaksa menguruskan keluarga secara sendirian.
Pendakwah, Ustazah Asmak Husin menjelaskan, pelbagai kisah kecurangan di tempat kerja menunjukkan betapa longgarnya kita dalam berpegang dengan ajaran agama Islam pada hari ini.
"(Itulah yang berlaku) apabila tidak mempedulikan soal pergaulan (antara lelaki dan wanita).
Menurutnya, ada empat keadaan dan tempat di pejabat yang sering menjadi punca kecurangan sehingga menyebabkan perkahwinan menjadi porak-peranda:
1 – Pergaulan dalam pejabat
Tidak menjaga pergaulan dan gurauan dalam pejabat antara lelaki dan wanita.
2 – Team building
Kadang-kadang batasan pergaulan dalam team building ini tidak dijaga dan tidak menitikberatkan mengenai status perkahwinan seseorang pekerja.
3 – Pantri
Pantri boleh menyebabkan berlaku kecurangan kerana ia menjadi tempat pekerja berehat, melepaskan lelah dan kadang-kadang meluahkan perasaan kepada rakan sekerja tanpa sedar.
4 – Outstation
Kadang-kadang pekerja lelaki dan wanita tidak kisah untuk pergi outstation berdua.
Jadi boleh dilihat bagaimana longgarnya sesebuah polisi yang ada dalam drama ini, ujar Ustazah Asmak dan begitulah juga berlakunya dalam kehidupan kita.
Nasihatnya kepada pihak penerbit drama, cukup-cukuplah buat cerita mengenai kecurangan dan skandal sehingga menyebabkan penonton trigger atau terkesan untuk melakukan perkara tersebut.
"Oleh sebab itu kalau boleh, bawa cerita bagaimana untuk membahagiakan rumah tangga,” jelasnya.
Tambahnya, sebagai contoh, bawalah tema struggle atau susah payah di pejabat dan rumah tapi akhirnya pasangan itu berjaya menjadi sebuah keluarga yang bahagia.