Cadangan penubuhan pasukan tindakan khas JPJ akan dikemuka kepada JPA

Iklan
Aedy Fadly (kiri) diiringi Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya mendekati pelanggan yang berurusan di kaunter sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat JPJ Pahang, Indera Mahkota di sini pada Isnin.

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bercadang menubuhkan pasukan tindakan khas bagi menangani isu lebih kritikal dan sukar dikendalikan JPJ negeri.

Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, cadangan penubuhan pasukan itu diinspirasikan daripada satu demontrasi dijalankan JPJ Pahang yang videonya tular di laman sosial baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penubuhan pasukan tindakan khas itu akan dibincang secara teliti sebelum proposalnya dibawa kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan.

"Perkara ini masih di peringkat cadangan dan belum ada perbincangan tentang fungsi, tugas dan bilangan keanggotaan diperlukan.

Iklan

"Saya baru dapat inspirasi dan akan bincang dulu cadangan ini bersama pihak pengurusan JPJ ibu pejabat sebelum proposal penubuhan pasukan ini dibawa kepada JPA untuk pertimbangan dan kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat JPJ Pahang, Indera Mahkota di sini pada Isnin.

Iklan

Turut hadir Pengarah JPJ Pahang, Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman.

Aedy Fadly berkata, proposal cadangan itu dijangka dikemukakan tahun ini dan keputusannya tertakluk kepada pihak JPA sama ada menerima atau sebaliknya.

Aedy Fadly meninjau aktiviti pelanggan yang berurusan sempena lawatan kerja beliau ke Ibu Pejabat JPJ Pahang, Indera Mahkota di sini pada Isnin.

Jelas beliau, pasukan seperti itu pernah diwujudkan di JPJ, namun hanya secara pentadbiran dalam kalangan anggota sedia ada tanpa penjawatan khusus.

"Walaupun fungsinya lebih kurang sama, pasukan tindakan khas yang dicadangkan ini bukan untuk menjaga keselamatan atau isu dalam JPJ tetapi lebih kepada menyelesaikan isu berkaitan orang awam.

"Sekiranya ada isu sukar ditangani JPJ negeri, ibu pejabat melalui pasukan ini akan ambil alih.

"Justeru, pasukan ini nanti akan dianggotai anggota kompeten yang diberi latihan khusus berbeza dengan anggota penguat kuasa lain," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aedy Fadly berkata, prosedur operasi standard (SOP) kenderaan elektrik (EV) boleh mengguna pakai spesifikasi teknikal pemeriksaan kenderaan biasa ketika ini.

Menurutnya, SOP kenderaan EV masih diteliti memandangkan aspek-aspek teknikal spesifikasi kenderaan perlu mendapat kelulusan JPJ terlebih dahulu.

"Sebenarnya tiada perbezaan ketara dari segi pemeriksaan, lebih kurang sama cuma EV guna bateri dan sistem komputer yang perlu diteliti dulu.

"Justeru SOP EV ini akan diperincikan terlebih dahulu dan buat masa sekarang boleh guna pakai SOP sedia ada," katanya.