Lawatan negara Prabowo ke Malaysia bukti komitmen hubungan dua hala
Iklan
Prabowo
SHAH ALAM - Lawatan negara Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto ke Malaysia yang dijadualkan Isnin melambangkan komitmen kedua-dua negara untuk melonjakkan hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, selaku negara tetangga serumpun dan dua negara pengasas ASEAN, lawatan itu mencerminkan hubungan persahabatan yang istimewa dan erat antara Malaysia dan Republik Indonesia.
Iklan
Iklan
"Ini merupakan lawatan ketua negara asing pertama ke Malaysia selepas pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim.
"Ia juga lawatan negara pertama Presiden Prabowo ke negara di rantau Asia Tenggar selepas pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Indonesia pada 20 Oktober tahun lalu,” katanya pada Ahad.
Iklan
Semasa lawatan berkenaan, Prabowo akan diiringi oleh menteri Kabinet dan pegawai kanan kerajaan selain turut disambut dengan Istiadat Sambutan Negara dan diikuti kunjungan menghadap Sultan Ibrahim.
Beliau turut dijadualkan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama dua hala serta isu serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Iklan
"Keutuhan jalinan yang harmoni dan strategik ini mencakupi pelbagai bidang kerjasama yang komprehensif seperti politik, ekonomi, pertahanan, kesalinghubungan, pendidikan dan sosiobudaya,” katanya.
Sebelum ini Wisma Putra memaklumkan, Republik Indonesia merupakan rakan dagang kelapan terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN, dengan jumlah dagangan keseluruhan sebanyak RM111.21 bilion (USD24.39 bilion) pada 2023.
Bermula Januari hingga November 2024, jumlah dagangan dua hala telah direkodkan kepada RM106.06 bilion (USD23.2 bilion) meningkat daripada RM101.99 bilion (USD22.41 bilion) dalam tempoh yang sama pada tahun 2023.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kecurian kabel rel: Ada keperluan mendesak pinda undang-undang - Menteri"><meta itemprop="description" content="Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui terdapat keperluan mendesak untuk meneliti dan meminda peruntukan undang-undang sedia ada berhubung kes kecurian komponen dan kabel rel bagi memastikan hukuman yang dikenakan benar-benar memberi kesan pencegahan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam satu pertemuan melibatkan semua operator perkhidmatan kereta api termasuk Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang merupakan pemilik projek East Coast Rail Link (ECRL) serta Prasarana Malaysia (Prasarana) baru- baru ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766625/berita/nasional/kecurian-kabel-rel-ada-keperluan-mendesak-pinda-undang-undang---menteri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KDN #keskecuriankabelrel #SaifuddinNasution"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-03T10:15:09.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zz2oe1fWShFCdPxqE/x180"><meta itemprop="duration" content="P151S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9z4rs8"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9z4rs8"></script>