'Anak-anak tiada rasa takut langsung'
Iklan
Kanak-kanak gembira bermain air bomba ketika Program Khitan Jama'ie di Masjid Kariah Pekan Labu,, Seremban pada Ahad.
SEREMBAN-"Malam tadi tidur lena sahaja... tak sabar tunggu pagi sebab nak mandi air semburan bomba sebelum berkhatan ramai-ramai dengan kawan-kawan," kata Haraz Ramadhan Hishamudin, 8.
Anak ketiga daripada lima beradik itu kelihatan teruja bahkan gembira apabila dapat menyertai Program Khitan Jama'ie bersama 57 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun di Masjid Kariah Pekan Labu di sini pada Ahad.
Katanya, pernah dimaklumkan mengenai pelbagai kisah tentang khatan, namun perkara itu tidak menjadi kebimbangan kepadanya."Pengalaman berkhatan ramai-ramai ini bukan selalu.
Dapat pula mandi kolam memang rasa seronok. Boleh mandi dulu sementara tunggu giliran saya nombor 50," katanya yang berkhatan bersama abangnya, Muhammad Haziq Qayyum Hishamudin, 9.
Ibunya, Nur Hidayah Aziz, 35 berkata, berharap program seumpama itu dapat diteruskan setiap tahun sekali gus dapat meringankan beban ibu bapa.
Nur Hidayah bersama dua anaknya Haraz Ramadhan (kanan) dan Muhammad Haziq Qayyum yang menyertai program berkenaan.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
"Anak-anak pula bersemangat, tiada rasa takut langsung apabila ada ramai kawan-kawan terutamanya musim cuti sekolah ini," katanya.
Program bermula jam 9 pagi dianjurkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Rasah Negeri Sembilan, pihak masjid dan agensi berkaitan.
Majlis perasmian disempurnakan Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abdul Razak.
Ahmad Faez bersama sebahagian peserta khatan.
Ahmad Faez ketika ditemui pemberita berkata, selain mendekatkan kanak-kanak dengan masjid ia juga sebagai usaha meringankan kos yang ditanggung ibu bapa bagi tujuan berkhatan."Insya-ALLAH, ia akan menjadi program tahunan kita sekali gus mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat."Di samping itu akan ada program lain dilaksanakan secara berkala sepanjang tahun di beberapa lokasi di sini termasuklah mengimarahkan masjid," katanya.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.