KOTA BHARU - Pas belum membincangkan lagi pelantikan jawatan Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang menggalas tanggungjawab itu sebelum ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, kebiasaannya urusan tersebut diserahkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang untuk membuat keputusan.
Iklan
Iklan
"Biasanya kita rujuk kepada beliau (presiden). Setakat ini parti belum bincangkan lagi, presiden yang akan kemukakan nama," katanya ketika mengulas pengganti bagi jawatan baharu Bendahari Agung PN.
Menurut beliau, Pas berharap pengganti dapat melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin.
Ujarnya, bagaimanapun beliau yakin presiden dapat membuat pilihan tepat dalam soal pemilihan pengganti.
"Biasanya kita (parti Pas) menyerahkan kepada presiden untuk membuat keputusan," katanya.
Sinar Harian melaporkan pada 11 Disember lalu, Menteri Besar Terengganu itu mengumumkan melepaskan jawatan beliau sebagai Bendahari Agung PN.