KDEBWM serah 135 tong sampah tangani isu kebersihan

Iklan
Rodziah (tiga dari kiri) dan Ramli (dua dari kanan) bergambar bersama penduduk sempena Majlis Serahan Tong Sampah di Ampang Jaya pada Sabtu.

SHAH ALAM - KDEB Waste Management (KDEBWM) membekalkan sebanyak 135 tong sampah pelbagai jenis untuk kegunaan bersasar bagi kawasan perumahan dan komersial sekitar Ampang.

Ahli Parlimennya, Rodziah Ismail berkata, sebanyak 13 permohonan untuk tong sampah pelbagai saiz telah diluluskan melibatkan 120 liter, 240 liter, 1,500 liter, dan MGB 660 liter.

Iklan
Iklan

"Projek itu menggunakan peruntukan Projek Mesra Rakyat (PMR) - Unit Penyelarasan Pembangunan (ICU) 2024, dengan KDEBWM dipilih sebagai pembekal.

"Ia bagi memastikan kualiti barangan dan perkhidmatan terbaik pada harga berpatutan," katanya dalam hantaran di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Penyerahan tersebut sempena anjuran Majlis Serahan Tong Sampah di kawasan Ampang Jaya yang disempurnakan oleh Rodziah.

Rodziah (kiri) bergambar bersama penduduk sempena Majlis Serahan Tong Sampah di Ampang Jaya pada Sabtu.

Hadir sama Pengarah Urusan KDEBWM, Datuk Ramli Mohd Tahir.

Iklan

Ujar Rodziah, program berlangsung pada Sabtu itu melibatkan permohonan rasmi sepanjang 2024 oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC), Persatuan Penduduk, dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di kawasan Parlimen Ampang.

"Terima kasih kepada semua pihak yang hadir termasuk Ramli sentiasa menyokong inisiatif ini.

"Semoga usaha ini dapat membantu memastikan persekitaran yang lebih bersih dan selesa untuk komuniti Ampang," ujarnya.