KOTA TINGGI – Hasrat seorang wanita untuk melangsungkan perkahwinan tidak kesampaian apabila maut dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 52 Jalan Johor Bahru-Mersing, pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan berkenaan yang melibatkan kereta jenis Perodua Myvi dengan lori jenis Hino.
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan tersebut. Foto IPD Kota Tinggi