Tiada halangan laluan keluar masuk ke Cameron Highlands - Polis

Iklan
Pihak polis melakukan pemantauan berkala di semua laluan keluar dan masuk di Cameron Highlands. - Gambar hiasan. Gambar kecil: Azri

CAMERON HIGHLANDS - Pihak polis melakukan pemantauan berkala di semua laluan keluar dan masuk di Cameron Highlands.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, tiada sebarang halangan di laluan membabitkan dari Tapah, Simpang Pulai, Sungai Koyan dan Gua Musang.

Iklan
Iklan

"Kita ingin merujuk kepada isu tular di akhbar tempatan bertarikh 24 Januari yang menyatakan tiada sebaran luas secara efektif bagi memaklumkan laluan untuk Cameron Highlands kembali selamat untuk dikunjungi.

"Sebelum ini pihak berwajib juga telah mengeluarkan notis pemberitahuan dan pemantauan berkala yang dilakukan tiada sebarang halangan pada mana-mana laluan menghala ke Cameron Highlands," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Menurutnya, para pengunjung dan pelancong dari luar dan dalam negara tidak perlu khuatir sekiranya mempunyai perancangan melancong ke lokasi terkenal tersebut.

"Rancang perjalanan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku," tambahnya.

Iklan