IPOH - Daerah Larut Matang dan Selama dilanda banjir pagi tadi menyebabkan 42 mangsa dari 15 keluarga terpaksa berlindung di pusat penempatan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Simpang Halt.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan banjir disebabkan hujan lebat berterusan selama sejam pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Kampung Simpang Halt dinaiki air.