KUCHING - Jumlah mangsa banjir di Sarawak kekal 123 orang daripada 34 keluarga pagi Sabtu, dengan dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di bahagian-bahagian Betong dan Bintulu.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak melaporkan setakat jam 8 pagi ini, PPS Dewan Rumah Dayak di daerah Saratok, Bahagian Betong masih menempatkan 90 mangsa daripada 21 keluarga yang terjejas akibat banjir di Rumah Tembawai Kapok, Awik.