KOTA KINABALU - Seorang lelaki berusia 28 tahun ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus sungai ketika mandi-manda di sebuah tapak perkhemahan di Kiulu, Tuaran pada Sabtu lepas.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah memaklumkan Bilik Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada pemilik tapak perkhemahan berkenaan pada jam 4.15 petang sebelum enam anggota dikerahkan ke lokasi sejauh 25 kilometer itu, seminit kemudian.