Saman fitnah: Muhyiddin sudah bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Guan Eng

Iklan
Muhyiddin (kiri), Guan Eng (kanan).

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP, Lim Guan Eng dalam kes saman fitnah berhubung pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.

Peguam Guok Ngek Seong yang mewakili Guan Eng berkata, bekas Perdana Menteri itu sudah mendepositkan jumlah tersebut termasuk kos sebanyak RM50,000 ke dalam akaun firma guaman pihaknya, semalam.

Iklan
Iklan

"Tan Sri (Muhyiddin) sudah bayar RM1 juta ke akaun pelanggan firma saya semalam. RM400,000 sudah dibayar Disember.

"Ia sebagai syarat penggantungan penghakiman yang diperoleh Guan Eng terhadap Tan Sri Muhyiddin," katanya ketika dihubungi media pada Jumaat.

Iklan

Pada 8 November tahun lepas, Hakim Roz Mawar Rozain membenarkan saman Guan Eng terhadap Muhyiddin setelah mendapati bekas menteri kewangan itu berjaya membuktikan kesnya dan memerintahkan Presiden Bersatu itu membayar RM1.35 juta sebagai ganti rugi kepada Guan Eng.

Beliau juga memerintahkan Muhyiddin untuk membayar RM50,000 sebagai kos kepada Guan Eng.

Iklan
Sementara itu, peguam Chetan Jethwani yang mewakili Muhyiddin, ketika mengesahkan perkara itu memaklumkan Mahkamah Tinggi memberi perintah penggantungan sementara Muhyiddin mengemukakan rayuan dengan syarat jumlah penghakiman dibayar kepada peguam cara sebelum 31 Januari.

"Jadi, jumlah penghakiman sudah didepositkan dengan peguamcara Guan Eng semalam," katanya ketika dihubungi media hari ini.

Pada 16 Disember tahun lepas, Roz Mawar memberikan penangguhan bersyarat kepada Muhyiddin berhubung pembayaran ganti rugi itu dan memerintahkan beliau membayar RM400,000 pada 31 Disember ini serta baki RM1.02 juta pada 27 Januari 2025.

Pada 27 Mac 2023 Guan Eng menfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwanya membuat tiga kenyataan fitnah pada 9, 11 dan 12 Mac 2023 yang melibatkan beliau dalam isu pembatalan cukai itu.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang turut mendakwa kenyataan itu membawa maksud beliau telah menyalah guna kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri agar mengenakan cukai serta penalti terhadap Yayasan Albukhary, walaupun yayasan kebajikan itu diberi pengecualian. - Bernama