SHAH ALAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menyelamatkan seekor burung hereng di jejambat berdekatan dengan pusat beli belah i-City di sini, pada Khamis.
Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, pihaknya menggerakkan pasukan menyelamatkan burung yang disenaraikan sebagai Near Threatened (NT) dalam Senarai Merah International Union for Conservation of Nature (IUCN) selepas menerima laporan orang awam kira-kira 11 pagi.