JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan seorang pengurus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan( Felda) dalam daerah Kulai kerana disyaki melakukan kesalahan salah guna kuasa.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Rabu di pejabat SPRM Johor.