Kakitangan kerajaan ditahan disyaki buat 41 tuntutan palsu penginapan hotel

Iklan
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu untuk perintah reman.

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang kakitangan sebuah jabatan kerajaan di sini kerana disyaki membuat 41 tuntutan palsu penginapan hotel berjumlah RM10,000 sejak tahun 2023.

Suspek berusia dalam lingkungan 40-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pahang pada Selasa.

Iklan
Iklan

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan di sini pada Rabu untuk perintah reman.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan pada Rabu untuk perintah reman.

Iklan

Majistret Nor Izzati Zakaria membenarkan perintah reman ke atas suspek selama enam hari sehingga 27 Januari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Pahang, Hairuzam Mohd Amin@Hamim mengesahkan tangkapan terhadap suspek berkenaan.

Iklan

Menurutnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.