Penyeludup lari tinggalkan lebih 800kg beras
Iklan
Lebih 800kg beras seludup bernilai RM3,200 berjaya dirampas anggota Batalion 8 PGA Pengkalan Chepa di Kampung Cherang Melintang, Tumpat pada Selasa. Foto PGA
TUMPAT - Seorang lelaki bertindak melarikan diri dengan meninggalkan lebih 800 kilogram (kg) beras seludup bernilai RM3,200 selepas kegiatan itu berjaya dihidu anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di Kampung Cherang Melintang di sini pada Selasa.
Tangkapan dan rampasan dilakukan pada jam 1.30 pagi selepas anggota bertugas melihat sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan menerusi Op Taring Wawasan.
Iklan
Iklan
Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dilakukan membawa kepada penemuan 800kg beras dipercayai diseludup dari Thailand.
"Nilai rampasan bernilai RM3,200 dan kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Rabu.
Iklan
Menurut beliau, kesemua barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.
Ujarnya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut"><meta itemprop="description" content="'Saya reda' - Ibu mangsa kemalangan maut
"Saya reda."
Demikian kata Seedah Arwae, 51, yang kehilangan anak sulung dan bongsu lelaki dalam satu kemalangan maut melibatkan tiga mangsa di Kilometer 90, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Bukit Bauk, Terengganu pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Mohamad Zulkefli Ishak, 32, yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dan isteri, Norshila Zali, 36, maut di lokasi kejadian.
https://www.sinarharian.com.my/article/802002/edisi/kelantan/saya-rapat-dengan-mereka---wanita-reda-hilang-anak-sulung-bongsu-sekali-gus
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #beritasemasa #kemalanganmaut #keskemalangan #KualaKrai"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-26T11:28:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P130S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbraq7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbraq7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbraq7y"></script>