Restoran tular hidang 'shell out' guna penyodok

Iklan
Tangkap layar video @ajizah.dek.wo memaparkan dua pekerja sedang membawa makanan menggunakan penyodok sebelum dihidang kepada pelanggan.

ACEH - [DIKEMAS KINI] Sebuah video tular di media sosial memaparkan dua pekerja restoran menggunakan penyodok untuk membawa makanan ke meja pelanggan.

Berdasarkan video dikongsikan oleh pengguna TikTok iaitu @ajizah.dek.wo, pekerja berkenaan dilihat membawa makanan laut untuk dihidangkan ke meja pelanggan yang telah dialas dengan plastik seperti sajian ‘shell out’.

Iklan
Iklan

Hidangan berkenaan antaranya merangkumi jagung, sotong, udang, ketam, sayur dan nanas.

Kaedah unik tersebut dipercayai berlaku di sebuah kedai makan di Aceh Tenggara.

Iklan

Makanan yang dihidang kepada pelanggan selepas dibawa menggunakan penyodok.

Sehingga kini, video berkenaan telah mencecah 1.4 juta tontotan di TikTok.

Iklan

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak selesa dengan pendekatan tersebut selain mempersoalkan keperluan menjadikan penyodok sebagai peralatan untuk menghidangkan makanan.

Di Malaysia, menggunakan peralatan bukan khusus untuk makanan pernah menjadi fenomena pada tahun 2023 ketika umat Islam menjalani ibadah puasa.

Ketika itu, ramai peniaga air balang menggunakan akuarium ikan sebagai daya penarik menjual pelbagai jenis air berperisa.

Penggunaan akuarium ikan menggantikan balang air pernah menjadi fenomena pada tahun 2023.

Kementerian Kesihatan (KKM) kemudiannya menegaskan bahawa akuarium atau bekas bukan untuk tujuan makanan dilarangkan digunakan untuk menjual air balang kepada orang ramai.

Larangan itu termaktub dalam Peraturan 31, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Akuarium kebiasaannya diperbuat daripada bahan kaca atau acrylic atau plastik dan berkemungkinan mengandungi bahan kimia seperti plumbum atau phthalates, yang boleh larut dalam air seterusnya mencemarkan air sekali gus boleh mengakibatkan kesan kepada kesihatan.