Siapa yang kawal kadar premium insurans perubatan? - Gerakan

Iklan
Dominic Lau

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengkritik Kerajaan Perpaduan kerana membiarkan syarikat insurans menaikkan kadar premium insurans perubatan.

Iklan
Iklan

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, beliau tambah kecewa apabila timbul pula isu syarikat insurans mengenakan tekanan diskaun tinggi yang tidak munasabah terhadap hospital swasta.

"Sampai bila kerajaan akan terus tunduk kepada syarikat insurans," soalnya.

Iklan

Dominic Lau turut menyifatkan Kementerian Kewangan, yang berada di bawah kawalan Perdana Menteri sendiri, hanya bersikap sambil lewa dalam menangani kenaikan premium insurans.

Ujarnya, syarikat insurans kini semakin mengambil kesempatan dengan menyasarkan hospital swasta, yang mana ia sama dengan eksploitasi terhadap hak pemegang polisi insurans.

Iklan

"Mengapa tidak terus mengarahkan syarikat insurans agar mematuhi peraturan kenaikan kadar premium perubatan tidak boleh melebihi 10 peratus sebaliknya kerajaan dilihat seperti menyusahkan pemegang polisi secara tidak langsung.

"Syarikat insurans, di satu pihak menekan pemegang polisi dengan menaikkan premium, dan di pihak lain mengenakan tekanan terhadap hospital swasta.

"Ini adalah cara tidak langsung untuk memaksa hospital swasta mengenakan caj lebih tinggi kepada pesakit yang memiliki insurans perubatan, sekali gus memberi alasan untuk menjustifikasikan kenaikan premium,” ujarnya.

Dalam kenyataan sama, Dominic Lau turut mempersoalkan adakah syarikat insurans perlu mematuhi arahan kerajaan atau kerajaan tunduk kepada syarikat insurans.

"Jika syarikat insurans melanggar peraturan, kenapa tidak dikenakan denda atau tindakan dan kenapa kerajaan terus berlembut dan berkompromi?

"Siapa sebenarnya yang kerajaan mahu lindungi, kepentingan pemegang polisi atau keuntungan syarikat insurans," ujarnya.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam menangani sikap syarikat insurans terbabit kerajaan perlu menunjukkan pendirian tegas dan tidak bersikap 'flip-flop'.