PUTRAJAYA - Malaysia menggesa penubuhan pasukan petugas jenayah siber ASEAN ala Polis Antarabangsa (Interpol) bagi memudahkan perkongsian maklumat secara masa nyata dan kerjasama serantau dalam menangani ancaman digital dengan lebih berkesan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan pasukan berkenaan penting ekoran jenayah siber kekal sebagai ancaman keselamatan paling ketara.
"Sepanjang tahun lalu, Malaysia merekodkan kerugian kewangan lebih RM1.22 bilion akibat jenayah siber dan berjaya mengesan berjuta ancaman berkenaan.
"Secara tidak langsung ia mengukuhkan keperluan untuk mempertingkatkan daya tahan dan langkah keselamatan siber secara lebih proaktif,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Isnin.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Dalam pada itu Ahmad Zahid berkata, ancaman keselamatan seperti jenayah siber, keganasan dan jenayah rentas sempadan semakin canggih dan saling berkait.

Ahmad Zahid (empat dari kanan) dan Saifuddin (lima dari kanan) melancarkan Ekspo dan Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Isnin.