Harga bitcoin melebihi AS$109,000 buat pertama kali dalam sejarah

Iklan
Harga bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah. Gambar hiasan

HARGA bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Setakat 0658 GMT, bitcoin direkodkan pada harga AS$107,646.76 di platform dagangan mata wang kripto terbesar, Binance, mencerminkan peningkatan sebanyak 1.69 peratus untuk hari itu.

Iklan
Iklan

Sebelum itu, nilainya pernah melebihi AS$109,000.

Menurut CoinMarketCap, yang purata harga daripada lebih 20 bursa, harga bitcoin meningkat sebanyak 1.7 peratus kepada purata AS$107,157.21 dalam tempoh 24 jam lalu. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Iklan
Iklan