Lenyapkan budaya samseng lepas habis peperiksaan SPM

Iklan
Gara-gara mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising di jalanan, sekumpulan pelajar lepasan SPM termasuk yang dikesan menconteng pakaian seragam ditahan polis dalam kejadian di Marang, Terengganu. Foto Ihsan Polis

BOLEHKAH aksi merempit dengan membuat bising selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus dibudayakan?

Itu persoalan yang disuarakan apabila melihat anak muda masa hadapan negara ini bertindak sedemikian, malah kelihatan bangga apabila perbuatan mereka dirakam.

Iklan
Iklan

Biarpun bukan kes jenayah besar, tetapi perbuatan itu mencerminkan keperibadian pelajar sekolah hari ini.

Merak Jalanan menilai perkara ini sebagai satu isu berkaitan adab.

Iklan

Mana tidaknya, kalau kita lihat rakaman video yang tular, kumpulan pelajar yang baru tamat peperiksaan SPM menunggang motosikal dengan melulu.

Mereka membuat bising di lampu isyarat dengan deruan ekzos motosikal yang diubah suai.

Iklan

Mungkin alasan mereka sekadar berseronok atau menggambarkan sudah 'merdeka' dari sekolah.

Bagi Merak Jalanan, banyak lagi cara lebih bermotivasi untuk meraikan tamatnya SPM.

Merak Jalanan tabik dengan polis yang segera mengambil tindakan dengan menahan kumpulan pelajar yang mempamerkan aksi kurang senang itu di Marang, Terengganu, 16 Januari lalu.

Selepas ditahan dan diberi nasihat, pelajar berkenaan turut diarah beratur dan menunaikan solat Asar secara berjemaah di surau di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang, bagi memberi pengajaran.

Operasi itu telah menyita 45 buah motosikal dan sebanyak 120 saman dikeluarkan. Semua penunggang motosikal terbabit adalah pelajar yang selesai menghadapi kertas akhir peperiksaan SPM.

Apa yang berlaku ini mungkin satu 'budaya' yang sering dilakukan saban tahun, tetapi adalah sangat baik apabila perbuatan sedemikian dapat dihentikan oleh bakal-bakal pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM kelak.

Ambillah iktibar dan cari cara keraian yang lebih sopan.