AS mulakan 'langkah luar biasa' elak kegagalan bayar hutang

Iklan
Jabatan Perbendaharaan AS akan mula mengambil langkah luar biasa pada 21 Januari bagi mengelakkan negara ini gagal memenuhi komitmen hutangnya. Foto Agensi

WASHINGTON - Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan mula mengambil langkah luar biasa pada 21 Januari bagi mengelakkan negara ini gagal memenuhi komitmen hutangnya, kata Setiausaha Perbendaharaan yang akan tamat tempoh perkhidmatannya, Janet Yellen, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Surat ini bertujuan memaklumkan... langkah luar biasa yang akan dimulakan oleh Perbendaharaan pada 21 Januari,” kata Yellen dalam surat kepada pemimpin Kongres, sambil menjelaskan bahawa tempoh"penggantungan pengeluaran hutang” akan bermula pada Selasa.

Iklan
Iklan

Tempoh itu dijangka berlangsung sehingga 14 Mac 2025, katanya. - Bernama-Sputnik/RIA Novosti                         

Iklan
Iklan