Suspek kes dadah lari dari IPD Tangkak berjaya diberkas semula

Iklan
Polis berjaya memberkas semula suspek kes dadah yang melarikan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di sini Rabu lalu.

TANGKAK – Polis berjaya memberkas semula suspek kes dadah yang melarikan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di sini Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib, suspek yang belum sepat didakwa atas kesalahan dadah itu diberkas semula pada jam 10.50 pagi Sabtu, selepas bersembunyi dalam sebuah rumah di Kluang.

Iklan
Iklan

"Menerusi maklumat awam Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah Tangkak dengan dibantu polis daerah Kluang, pihak polis ke tempat kejadian dan berjaya membuat tangkapan.

"Hasil pemeriksaan, pihak polis mengesahkan lelaki tersebut merupakan tahanan yang sememangnya dikehendaki polis kerana melarikan diri dari kawalan polis pada 15 Januari lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Untuk rekod, dalam kejadian pukul 1.30 petang Rabu, suspek yang merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) sedang dalam proses untuk dituduh di mahkamah di sini melarikan diri dari IPD Tangkak.

Kes di siasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Iklan

Sementara itu Roslan berkata, penangkapan suspek turut membawa kepada penemuan sebuah motosikal jenis Honda RSX biru yang hilang dan dan dipercayai digunakan suspek untuk melarikan diri.

Katanya, polis juga berjaya menahan dua lagi rakan suspek yang disyaki bersubahat melindunginya ketika melarikan diri.

"Suspek bersama dua lagi rakan subahatnya dibawa ke IPD Tangkak untuk siasatan lanjut bawah Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan kerana lari daripada jagaan yang sah.

"Polis mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkap suspek berkenaan,” katanya.