JDT sebelah kaki ke pentas final Piala Malaysia
Iklan
Arif Aiman meledak dua gol buat JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Foto: JOHOR Southern Tigers
PENYANDANG juara Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sebelah kaki ke perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ia selepas kuasa bola sepak dari selatan tanah air itu meraih kemenangan bergaya 4-0 ke atas Terengganu FC dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak pada Jumaat.
Iklan
Iklan
Harimau Selatan kendalian Hector Bidoglio dikemudi kapten pasukan Matthew Davies menampilkan penjaring terbanyak Bergson da Silva memulakan pesta gol menerusi Romel Morales pada minit ke-17.
Arif Aiman menyumbang dua gol buat JDT di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Foto: JOHOR Southern Tigers
Gol Morales yang disaksikan 11,250 penonton itu kekal untuk 45 minit awal bagi membolehkan Harimau Selatan memimpin separuh masa pertama dengan kedudukan 1-0.
Iklan
Separuh masa kedua, anak buah Bidoglio terus meningkatkan tekanan ke atas skuad Penyu yang diketuai Manuel Ott terutama bahagian pertahanan bimbingan Badrul Afzan Razali bagi melebarkan jaringan.
Hasilnya, Arif Aiman Hanapi mempamerkan kualiti sebenarnya apabila meledak dua gol masing-masing minit ke-79 dan minit ke-85.
Iklan
Bergson turut meledak satu gol buat Harimau Selatan dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Foto: JOHOR Southern Tigers
Bergson kemudian tampil meledak gol keempat pasukan pelawat pada minit ke-93 seterusnya gol keenam peribadi kempen 2024.
Gol Bergson sekali gus menyaksikan JDT membawa bekalan selesa menjelang aksi timbal balik kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 1 Februari depan.
INFO
Senarai Penjaring Terbanyak Piala Malaysia
1.ENAM GOL: Bergson da Silva (JDT)
2. EMPAT GOL: Heberty Fernandes (JDT), Manuel Hidalgo (Sri Pahang)
3.TIGA GOL: A Selvan (Negeri Sembilan), Akhyar Rashid (Terengganu), Safawi Rasid (Terengganu), Arif Aiman Hanapi (JDT)
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>