Tujuh nelayan positif dadah ditahan

Iklan
Operasi dijalankan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan di sekitar kawasan berkenaan.

GEORGE TOWN - Tujuh daripada 25 nelayan yang diperiksa dalam Ops Bersepadu didapati positif dadah, manakala tiga vesel nelayan tempatan (VNT) bersama sembilan kru turut ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)) Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, operasi dijalankan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Pasukan Polis Marin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Perikanan Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dalam operasi sama, pihaknya turut menahan seorang suspek yang dikehendaki polis.

Tujuh daripada 25 nelayan yang diperiksa positif dadah telah ditahan.

"Operasi yang melibatkan 51 anggota pelbagai agensi ini memfokuskan kepada pemeriksaan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan di sekitar kawasan berkenaan.

Iklan

"Sebanyak 25 nelayan telah menjalani ujian saringan air kencing dan tujuh daripada mereka didapati positif dadah. Penahanan ini adalah hasil maklumat risikan dan aduan awam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menambah, tiga vesel nelayan bersama sembilan kru tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya melanggar syarat lesen dan menangkap ikan di kawasan larangan.

Iklan
Seramai 51 pegawai dan anggota pelbagai agensi terlibat dalam Ops Bersepadu berkenaan.

"Operasi ini merupakan usaha berterusan Maritim Malaysia dan agensi sahabat dalam memelihara keselamatan perairan dan memastikan pematuhan undang-undang dalam kalangan komuniti maritim di perairan negeri ini.

"Ops Bersepadu seperti ini akan dilaksanakan secara berkala bagi memastikan pengusaha bot nelayan tempatan di sekitar perairan Pulau Pinang sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan," ujarnya.