PENJAGA gol bola sepak utama wanita kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan yang mengorak langkah lebih jauh mengembangkan karier di pentas antarabangsa dengan menyertai pasukan bersaing di Liga Albania, FKK Vllaznia telah berlepas ke luar negara.
Perkembangan itu dikongsikan Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) menerusi hantaran di Facebook rasminya, yang telah menemui bekas pemain kelab Sabah FA itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Tirana, Albania.