Mydin lancar kempen Tahun Baharu Cina 'Kongsi Meriah'
Iklan
Michelle (empat dari kiri) dan Ameer (lima dari kanan) bergambar selepas melancarkan Kongsi Meriah sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan pada Khamis. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
SERAMAI 28 pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM118 di cawangan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berpeluang memenangi persembahan tarian singa di rumah.
Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, tawaran itu sempena kempen Kongsi Meriah 2025 bagi meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kempen berlangsung dari 1 Januari hingga 12 Februari depan itu turut menawarkan promosi penjimatan, peraduan serta pelbagai aktiviti menarik lain.
Michelle bersama Seng Fatt (kiri) dan Datuk Dr Ameer (kanan) melancarkan Kongsi Meriah sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan pada Khamis. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Iklan
"Pemegang kad Meriah akan menerima baucar keseluruhan bernilai RM8,888 bagi jenama Abbott, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha’s and Sensodyne.
"Selain itu, Mydin dengan kolaborasi The Star turut menampilkan permainan 'Snake Board Game' dengan peserta berpeluang untuk menebus baucar, kupon penjimatan serta pelbagai tawaran hebat melalui aplikasi Mydin Rewards," katanya pada Pelancaran Kempen Kongsi Meriah di Mydin Subang Jaya pada Khamis.
Iklan
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Media Group Berhad, Chan Seng Fatt.
Michelle (dua dari kiri) dan Ameer (dua dari kanan) melihat permainan 'Snake Board Game' selepas melancarkan Kempen Kongsi Meriah 2025 sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan pada Khamis. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Tambah Datuk Dr Ameer, menerusi permainan ular itu, sepuluh pemenang akan dipilih secara rawak daripada penyertaan permainan tersebut dan akan memenangi ‘Supermarket Sweep’ bernilai sehingga RM8,880.
Dalam pada itu katanya, bagi menggalakkan bayaran secara digital, Mydin turut mengadakan peraduan XXTRA Ong.
"Pelanggan yang mendaftar dengan aplikasi MYDINPay untuk pertama kali akan menerima kredit sebanyak RM8.
"Selain itu, pengguna MYDINPay sedia ada yang berbelanja minimum RM80 akan menerima pulangan tunai bernilai RM8," katanya.
Katanya, kempen dijalankan itu bertepatan dengan matlamat memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan kaum di negara.
"Tanpa rakan strategik sudah pasti kempen ini sukar dilaksanakan. Terima kasih kepada rakan penaja The Star, Abbott, Energizer, Dugro, Dutch Lady, Tisha’s and Sensodyne.
"Sebagai prihatin terhadap nasib mereka kurang bernasib baik, sebanyak 500 penerima golongan B40 berbangsa Cina akan menerima kotak makanan menerusi inisiatif Mydin Prihatin dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor," katanya.
Michelle (enam dari kiri, belakang) Ameer (empat dari kanan, belakang) bergambar dengan penerima kongsi rezeki selepas melancarkan Kongsi Meriah sempena Sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan pada Khamis. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.