WBB masih di peringkat cadangan - Dr Dzulkefly
Iklan
Dr Dzulkefly dan Fadhlina pada sidang media Majlis Penyerahan Kaca Mata Bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan Kepada Murid Sekolah Rendah Tahun 1 Kategori B40 dan M40 di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Precint 9(2) pada Khamis. Foto Bernama
PUTRAJAYA - Waktu Bekerja Berlainan (WBB) iaitu sistem syif baharu untuk petugas penjagaan kesihatan awam masih di peringkat cadangan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, ia merupakan usaha berterusan untuk penambahbaikan perkhidmatan dan kebajikan petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Iklan
Iklan
"Apapun perkara ini (WBB) masih dalam status cadangan dan belum pun sampai kepada saya dan juga jauh lagi kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Malangnya ia telah didedahkan, mungkin sengaja, mungkin tidak sengaja," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kaca Mata Bagi Program Pemeriksaan Refraksi dan Penajaan Pembetulan Ketajaman Penglihatan kepada murid Tahun 1 kategori B40 dan M40 di sini pada Khamis.
Iklan
Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Dr Dzulkefly berkata demikian ketika diminta mengulas gesaan Hartal Doktor Kontrak (HDK) untuk menarik balik WBB dengan serta-merta.
Iklan
HDK mendakwa WBB telah menyebabkan kemarahan dalam kalangan pegawai perubatan apabila KKM mengumumkannya tanpa penglibatan terlebih dahulu dengan pihak berkepentingan utama.
Dr Dzulkefly berkata, beliau faham setiap cadangan ada baik dan buruknya yang akan menimbulkan kegusaran.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, sebarang pelaksanaan akan melalui proses penilaian libat urus yang teliti khusus dengan hospital, doktor pakar dan ketua-ketua jabatan berkaitan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>