Polis masih siasat motif serangan restoran di Nilai

Iklan
Laporan Sinar Harian berkenaan kejadian empat lelaki di sebuah restoran diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.

NILAI - Polis masih menyiasat motif empat lelaki diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di sebuah restoran di sini pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, setakat ini seramai 14 saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini 14 saksi telah diambil keterangan yang terdiri daripada mangsa dan juga rakannya.

"Kita masih menyiasat punca mereka diserang dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, usaha mengesan kesemua suspek juga masih dilakukan dan polis telah membuat analisis rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi.

Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian 9 Januari, jam 9.40 malam itu, lima lelaki bertopeng menaiki sebuah kenderaan berhenti di tepi kedai lalu meluru ke arah sekumpulan lelaki di restoran terbabit.

Iklan

Terdapat empat lelaki warga tempatan lingkungan usia 44 tahun hingga 59 tahun dikatakan diserang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian jenayah boleh menghubungi Balai Polis berdekatan atau Bilik Gerakan IPD Nilai di talian 06-7902222.