'Ham daging babi bukan maksud proses buat makanan' - Dr Akmal Saleh
Iklan
Tangkap layar satu kenyataan menerusi laman Facebook Dr Akmal Saleh pada Rabu.
SHAH ALAM - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh membidas kenyataan Naib Presiden DAP, Nga Kor Ming yang menyatakan ham bermaksud proses untuk membuat makanan.
Muhamad Akmal berkata, maksud sebenar ham adalah daging yang datangnya daripada babi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, jika daging itu datang daripada sumber selain babi ia mesti disertakan sumber di depan dahulu.
"Seperti daging lembu, maka ia disebut beef ham, jika daging ayam, maka ia disebut chicken ham
Iklan
"Jika ada beranggapan sama sahaja ham, maka jawapannya tidak. Contohnya nama Nga Kor Chong dan Nga Kor Meng walaupun nama di depan sama tetapi orangnya berbeza.
"Bila ada menteri beritahu ham bermaksud proses untuk membuat makanan, maka saya sertakan sekali di sini apakah maksud ham dari 'oxford learners’s dictionary'," ujarnya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook pada Rabu.
Iklan
Tambah beliau, dalam prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) turut menetapkan mana-mana makanan yang namanya seperti makanan yang tidak halal seperti ‘ham’, tidak boleh diberikan sijil halal.
"Tetapi kalau chicken ham, beef ham dibenarkan untuk tujuan mengelakkan kekeliruan.
"Ham bukan bermaksud proses untuk buat makanan ya, kalau tak faham tanya pegawai atau boleh buka kamus. Tolong simpan sedikit kebodohan kamu itu,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>