Berpakaian hitam ketika hadiri kematian, ketahui hukumnya

Iklan
BERPAKAIAN hitam ketika pengebumian tidak menjadi pakaian keagamaan yang khusus untuk mana-mana agama. -Foto: CANVA

PAKAIAN berwarna hitam kerap kali dijadikan pilihan apabila seseorang menghadiri suatu kematian atau pengebumian.

Barangkali warna itu sering dikonotasikan sebagai melambangkan kedukaan, kesedihan, kematian dan seumpamanya jika dibandingkan dengan warna-warna lain.

Iklan
Iklan

Namun begitu, warna hitam juga acap kali digunakan oleh orang bukan Islam ketika menghadiri upacara seperti itu.

Apakah hukum memakai pakaian hitam ketika menghadiri pengebumian atau kematian?

Iklan

Sebelum menjawab persoalan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengajak kita untuk menyoroti historiografi tentang berpakaian hitam ketika kematian atau pengebumian.

Jelas pejabat mufti itu, sejarah pakaian hitam ketika pengebumian dimulakan oleh Ratu Victoria pada tahun 1861 saat kemangkatan suaminya, Prince Albert.

Iklan

WALAUPUN mengkhususkan warna pakaian tertentu seperti hitam atau warna-warna lain ketika berlaku kematian termasuk dalam bentuk ratapan menurut sebahagian Mazhab Syafie, tetapi uruf di Malaysia tidak menganggap sedemikian. -Foto: CANVA

Pakaian itu dikenakan sebagai tanda kesedihan dan Ratu Victoria memakainya sehinggalah ke akhir usianya iaitu pada 1901.

"Sejak itu, mengenakan pakaian hitam ketika pemakaman menjadi terkenal dalam kalangan masyarakat Eropah,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel Irsyad Hukum #884: Hukum orang Islam memakai pakaian hitam ketika menghadiri kematian yang disiarkan di laman web rasmi pejabat mufti tersebut pada Rabu.

Begitupun, jelas pejabat mufti itu lagi, Imam As-Suyuti dalam kitabnya, Al-Awail ila Musamarah al-Awail menyatakan, ketika Marwan Al-Umawi membunuh Ibrahim Ibnu Muhammad Al-Imam, masyarakat Abasiyah mula memakai pakaian hitam sebagai tanda kesedihan.

"Kemudian pakaian itu menjadi pakaian kebiasaan mereka.

"Pada zaman Bani Umayyah, mereka akan memakai pakaian putih ketika kemangkatan raja mereka bagi membezakannya dengan Bani Abasiyah yang memakai pakaian berwarna hitam,” tulisnya.

"Memakai warna-warna tertentu berbeza-beza mengikut kepada uruf setempat. Jadi, ia tidak termasuk dalam larangan menyerupai agama lain.

HUKUM memakai pakaian warna hitam ketika majlis pengebumian adalah harus. -Foto: CANVA

"Masakan tidak, apabila suatu pakaian atau perbuatan itu tidak lagi menjadi sesuatu yang khusus bagi bukan Islam atau orang yang fasik, maka ia boleh berubah hukum menjadi harus,” katanya.

Meskipun demikian, pejabat mufti itu mengingatkan agar umat Islam tidak meratapi kematian dengan cara menampar pipi atau menjerit-jerit sebagai tanda tidak reda dengan ketentuan yang ditetapkan oleh ALLAH SWT.

Perkara itu dilarang sama sekali sebagaimana dinyatakan secara jelas menerusi sabda Rasulullah SAW:"Bukan dari kalangan umatku orang yang menampar pipi, mengoyakkan baju dan mengajak kepada seruan jahiliah.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Berbalik kepada pakaian hitam ketika menghadiri kematian, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, terdapat sebahagian ulama Mazhab Syafie menyatakan bahawa mengkhususkan warna tertentu seperti hitam atau warna-warna lain ketika berlaku kematian termasuk dalam bentuk ratapan yang dilarang oleh Islam.

Namun begitu, andai pakaian hitam itu dipakai oleh wanita yang kematian suami, maka ia dibenarkan.

"Bahkan, warna hitam adalah yang lebih baik bagi wanita yang sedang dalam idah atau ihdad (berkabung) kerana dalam tempoh tersebut, mereka dilarang untuk memakai pakaian yang mempunyai ciri-ciri perhiasan,” katanya.

Ia sebagaimana dijelaskan oleh Imam An-Nawawi:"Jika warna tersebut bukan digunakan untuk berhias melainkan digunakan kerana ditimpa musibah atau mengelakkan baju daripada kotor seperti warna hitam atau biru gelap, maka wanita (yang berada dalam tempoh berkabung) boleh memakainya, bahkan warna itu ialah warna yang terbaik ketika sedang berkabung.”

Walaupun mengkhususkan warna pakaian tertentu seperti hitam atau warna-warna lain ketika berlaku kematian termasuk dalam bentuk ratapan menurut sebahagian Mazhab Syafie, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menegaskan, uruf di Malaysia tidak menganggap sedemikian.