Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan

Iklan
Pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan 280 bungkus air ketum dan 528 bungkus daun ketum. Foto PGA

PASIR MAS - Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum selepas menyerbu lokasi memproses bahan terlarang itu di Kampung Belukar di sini pada Isnin.

Dalam serbuan jam 3 petang menerusi Op Taring Wawasan itu PGA turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan
Dalam serbuan jam 3 petang menerusi Op Taring Wawasan itu PGA turut menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan. Foto PGA

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan 280 bungkus air ketum dan 528 bungkus daun ketum.

"PGA turut menjumpai pelbagai peralatan memproses ketum di sekitar kawasan semak tersebut," katanya ketika dihubungi pemberita di sini pada Rabu.

Iklan
Batalion 9 PGA Kuala Terengganu menumpaskan kegiatan pengedaran air ketum selepas menyerbu lokasi memproses bahan terlarang itu di Kampung Belukar, Pasir Mas pada Isnin. Foto PGA

Menurut beliau, anggaran nilai rampasan bernilai RM 15,720 dan kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Nik Ros Azhan memberitahu, suspek dan barang rampasan dibawa ke Komtak (Kompeni Taktikal) Taman Bakti untuk tindakan lanjut.

Iklan

"PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pengedaran air ketum dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya.