Masalah muara cetek diatasi
Iklan
Azman Ibrahim
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu telah menyediakan rangka Term of Reference (TOR) bagi tujuan pelantikan perunding bagi cadangan mendalamkan Pelabuhan Chendering.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, rangka terma rujukan itu berada di bawah pengawasan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pusat.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pelabuhan Chendering merupakan pelabuhan utama bagi nelayan yang keluar masuk ke laut bagi menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
"Pada masa ini, pelabuhan itu mengalami masalah muara cetek akibat mendapan pasir yang berlaku di muara sungai.
Iklan
"Cuaca dan perubahan iklim adalah salah satu faktor yang menyebabkan struktur pemecah ombak yang sedia ada tidak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan mendapan pasir berlaku dengan cepat dan menjadikan muara cetek,” katanya.
Dr Azman berkata, selain pelabuhan Chendering, kerajaan turut memberi tumpuan kepada muara sungai Ibai yang merupakan satu-satunya laluan bot-bot nelayan bagi Kampung Kuala Ibai, Chendering, Tok Adis, Kampung Laut dan Pengkalan Setar.
Iklan
Katanya, masalah utama dihadapi nelayan di sana adalah isu muara sungai cetek dan kuala tertutup yang telah dirasai sejak bertahun lalu dan keadaan ini dikatakan semakin buruk.
"Fenomena ini menjadi penghalang kepada aktiviti keluar masuk bot-bot nelayan yang terpaksa menunggu air pasang.
"Masalah muara kuala sungai cetek turut menjejaskan aktiviti sukan riadah di kawasan itu terutama bagi acara sukan air seperti kenu dan berkayak.
"Ini boleh menjejaskan sektor pelancongan di kawasan tersebut terutama di masjid terapung dan lagun Kuala Ibai,” katanya.
Bagi mengatasai masalah itu, kerajaan negeri melalui JPS telah mengemukakan permohonan kepada kerajaan pusat bagi cadangan pemuliharaan muara sungai Ibai dengan kos sebanyak RM30 juta namun ia tidak diluluskan.
Sebagai langkah jangka pendek katanya, kerajaan negeri telah meluluskan permohonan sebuah syarikat swasta menjalankan aktiviti mengorek, mendalam dan mengeluarkan pasir dari muara berkenaan secara percuma.
"Kelulusan ini telah berakhir pada 31 Disember lalu,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>