NIBONG TEBAL - Seramai 23 orang cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dengan sebuah lori kontena di Kilometer (KM) 157.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Bakap di sini, pada Selasa.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 4.16 pagi itu sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Bakap serta Nibong Tebal bergegas ke lokasi kejadian.