Misteri rumah, motosikal terbakar di Kupang ada unsur khianat - Polis

Iklan
Insiden kebakaran membabitkan motosikal yang kerap dilaporkan berlaku dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang sejak Disember lalu, disyaki berunsur khianat.

BALING - Insiden kebakaran membabitkan motosikal yang kerap dilaporkan berlaku dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kupang sejak Disember lalu, disyaki berunsur khianat.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Azmi Mokhtar berkata, kejadian yang dipercayai berpunca daripada motosikal sebelum merebak ke rumah dan kenderaan lain itu disyaki adalah perbuatan khianat individu tertentu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal ke atas kejadian yang berlaku secara berturutan itu hanyalah kebakaran biasa, bagaimanapun, hasil siasatan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah mendapati, terdapat unsur khianat berlaku.

"Kebakaran dilaporkan pada mulanya membabitkan motosikal sekitar jam 3.30 pagi sebelum merebak ke rumah dan kereta.

Iklan

"Hasil operasi susulan kejadian, seramai lapan suspek ditahan untuk membantu siasatan," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kupang, Datuk Najmi Ahmad (kanan) ketika melawat rumah terbakar di DUN Kupang sebelum ini.

Menurut Azmi, seorang suspek dikesan melakukan kes pecah rumah di mana hasil siasatan menjumpai duit hasil tabung masjid, seorang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan seorang lagi bawah 39A ADB 1952.

Iklan

"Lima lagi suspek disiasat mengikut Seksyen 15(1) ADB 1952, bagaimanapun kesemua mereka setakat ini belum ada pengakuan terhadap insiden kebakaran terbabit," katanya.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 25 hingga 35 tahun.

Dalam masa sama, jelasnya, kertas siasatan membabitkan khianat akibat kebakaran telah dibuka dan polis masih memburu suspek yang disyaki dalang dalam kejadian terbabit.

"Kita menerima sembilan laporan polis mengenai kejadian kebakaran bermula 24 Disember 2024 hingga 2 Disember 2025 lalu.

"Modus operandi sama iaitu kebakaran bermula dari motosikal sebelum merebak ke kereta dan rumah mangsa," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penduduk di DUN Kupang, di sini, resah memikirkan misteri kebakaran yang didakwa berlaku secara berturut-turut di beberapa lokasi sejak hujung bulan lalu.